Niezzam.Com

Tag: review

Evolusi KL Drift

by Niezzam on Apr.14, 2008, under Entertainment, Movies

Photobucket

Hari minggu lepas aku berkesempatan menerjah panggung utk menonton Evolusi KL Drift. Ini ialah filem tempatan kedua mengenai drift racing, selepas filem Impak Maksima yg impaknya tak la maksima mana.

Kalau tgk dr segi lakonan, lakonan Farid Kamil (Syam) memang bersahaja, kadang2 serius, kadang kelakar dan kadang2 clumsy or jiwang. Karakter Zul (Shaifuddin Hamzah) pula memang menceriakan keadaan dan membawa unsur2 jenaka. Karakter Joe (Aaron Aziz) yg cool dan gengster, karakter Zack (Syamsul) yg macho always, aggressive dan panas baran dan juga karakter Fasha (Fasha Sandha) yg selalu diselubungi dgn air mata.

The best part is drifting scenes. Walaupun tak berapa realistik kerana drift di jalan KL yg kosong tapi mmg mengkagumkan. Kalau dlm Impak Maksima, kereta diletupkan dgn teknik CGI, dlm filem ini, kereta RX7 sememangkan dihancurkan tanpa penggunaan CGI and memang real. Cuma, tak paham mcm mana kereta tu boleh terbang lepas langgar lori tu, :D Kalau ikut logik, memang hentam terus dan terperosok bwh lori.

Ending filem ini tidak menunjukkan penyelesaian ke atas semua masalah yg timbul dlm filem ini bahkan menimbulkan lagi bnyk persoalan lain seperti:

1. Adakah Joe (Aaron Aziz) masih hidup atau sebaliknya selepas kemalangan itu? Ianya tidak ditunjukkan. Berkemungkinan dia masih hidup utk sequel filem ini, :)
2. Apa terjadi kpd Syam? Adakah beliau akan pulih atau…
3. Apa akan terjadi kepada Zack selepas beliau dipersalahkan di hospital?
4. Apa kesudahan hubungan tiga segi Zack, Syam dan Fasha?
5. Siapa yg sebenarnya yg membunuh kwn Zack di bengkel?

Jadi, dapat disimpulkan bahawa, sequel filem ini mungkin akan menyusul tidak lama lagi berdasarkan ending yg tergantung.

Overall rating : 6.5/10

2 Comments :, more...

Filem Redline, bagus ke?

by Niezzam on Feb.23, 2008, under Entertainment, Movies, MyLife

Setelah seminggu menyepi tanpa sebarang post baru, hari ni baru berkesempatan utk menulis tentang filem Redline yg sedang ditayangkan di panggung. Asyik sibuk minggu ni, :)

Photobucket

Tgk sneak preview yg keluar di TV mcm hebat dan dah plan nk tengok di wayang. Filem ni dah ditayang di US tahun lepas lagi, jadi torrent filenya memang dh ada. So aku pun download la. Dah siap download, terus main, layan…

Lepas je habis tengok, aku pun bersyukur. Kenapa? Kerana aku tak membazirkan RM10 utk tiket wayang filem ni. Filem yg menghampakan, dull, flat.

It’s totally about racing and big money. Kesemua plot yg ada semua menjurus kepada plot utk race. Character development lemah, tau tau je, dh nak start race. Filem ni juga mempergunakan wanita2 cantik dan seksi. Lakonan lemah, harap cantik je. Kalau filem bagus, lakonan tu akan menusuk hati atau sampai ke hati kita. Filem ni tak sampai, rasa bosan je.

Cita pasal kereta pulak, semuanya kereta2 supercar yg mewah2 dan mahal2. Bukan jenis yg selalu nampak di jalan2, Ferrari, Lamborghini, Mercedes SLR, Porsche Carrera.

Kesimpulannya, filem ni tidak setanding dgn filem2 berkisar tentang racing seperti Fast & Furious. Kepada sesapa yg berhajat nak tengok di wayang silakan, tapi pendapat aku buang duit je, :)

Rating out of 10 : 4/10

5 Comments :, more...

-->