Tag: kad kahwin
Jemputan kahwin alaf baru
by Niezzam on Jan.25, 2008, under MyLife
Jika 10 tahun dulu, kad ucapan Selamat Hari Raya, kad ucapan selamat hari jadi, dan kad jemputan kahwin semuanya berbentuk kad yg kita boleh pegang dan semuanya diposkan ke alamat penerima. Memang rasa seronok menerima kad2 ini dirumah.
Tapi dengan kecanggihan teknologi maklumat kebelakangan ini, ucapan2 selamat hari lahir, selamat hari raya hanya menggunakan medium SMS, email, dan di lama web social networking. Ianya memang memudahkan, menjimatkan wang, masa dan tenaga, tapi disebalik itu, hilang satu keceriaan. Kalau dulu, kad2 raya digantung dan dipamerkan dirumah pada hari raya, tapi dgn ucapan hanya SMS dan email, tiada apa yg nak ditunjukkan…
Sejak kebelakangan ini, ramai kawan2 aku yg melangsungkan perkahwinan dan akan melangsungkannya. Banyak juga undangan diterima, tapi kebanyakannya undangan ini terlalu umum, seperti pengumuman di laman web/blog atau pengumuman hanya di laman web social networking. Kalau mengikut pandangan seorang ustaz yg aku tanya, undangan seperti ini, tidak wajib kita pergi, hanya sunat. Lain la dijemput secara berdepan atau menerima kad jemputan secara peribadi. Itu wajib kita pergi melainkan kita ada urusan yg tak dapat dielakkan atau ada keuzuran.
Mungkin lain ustaz, lain pandangannya. Tapi bagi aku, secara peribadi, aku tak berapa berkenan dgn undangan sebegini. Something is missing somewhere!



