Movies
Evolusi KL Drift
by Niezzam on Apr.14, 2008, under Entertainment, Movies

Hari minggu lepas aku berkesempatan menerjah panggung utk menonton Evolusi KL Drift. Ini ialah filem tempatan kedua mengenai drift racing, selepas filem Impak Maksima yg impaknya tak la maksima mana.
Kalau tgk dr segi lakonan, lakonan Farid Kamil (Syam) memang bersahaja, kadang2 serius, kadang kelakar dan kadang2 clumsy or jiwang. Karakter Zul (Shaifuddin Hamzah) pula memang menceriakan keadaan dan membawa unsur2 jenaka. Karakter Joe (Aaron Aziz) yg cool dan gengster, karakter Zack (Syamsul) yg macho always, aggressive dan panas baran dan juga karakter Fasha (Fasha Sandha) yg selalu diselubungi dgn air mata.
The best part is drifting scenes. Walaupun tak berapa realistik kerana drift di jalan KL yg kosong tapi mmg mengkagumkan. Kalau dlm Impak Maksima, kereta diletupkan dgn teknik CGI, dlm filem ini, kereta RX7 sememangkan dihancurkan tanpa penggunaan CGI and memang real. Cuma, tak paham mcm mana kereta tu boleh terbang lepas langgar lori tu,
Kalau ikut logik, memang hentam terus dan terperosok bwh lori.
Ending filem ini tidak menunjukkan penyelesaian ke atas semua masalah yg timbul dlm filem ini bahkan menimbulkan lagi bnyk persoalan lain seperti:
1. Adakah Joe (Aaron Aziz) masih hidup atau sebaliknya selepas kemalangan itu? Ianya tidak ditunjukkan. Berkemungkinan dia masih hidup utk sequel filem ini, ![]()
2. Apa terjadi kpd Syam? Adakah beliau akan pulih atau…
3. Apa akan terjadi kepada Zack selepas beliau dipersalahkan di hospital?
4. Apa kesudahan hubungan tiga segi Zack, Syam dan Fasha?
5. Siapa yg sebenarnya yg membunuh kwn Zack di bengkel?
Jadi, dapat disimpulkan bahawa, sequel filem ini mungkin akan menyusul tidak lama lagi berdasarkan ending yg tergantung.
Overall rating : 6.5/10
Filem Redline, bagus ke?
by Niezzam on Feb.23, 2008, under Entertainment, Movies, MyLife
Setelah seminggu menyepi tanpa sebarang post baru, hari ni baru berkesempatan utk menulis tentang filem Redline yg sedang ditayangkan di panggung. Asyik sibuk minggu ni,

Tgk sneak preview yg keluar di TV mcm hebat dan dah plan nk tengok di wayang. Filem ni dah ditayang di US tahun lepas lagi, jadi torrent filenya memang dh ada. So aku pun download la. Dah siap download, terus main, layan…
Lepas je habis tengok, aku pun bersyukur. Kenapa? Kerana aku tak membazirkan RM10 utk tiket wayang filem ni. Filem yg menghampakan, dull, flat.
It’s totally about racing and big money. Kesemua plot yg ada semua menjurus kepada plot utk race. Character development lemah, tau tau je, dh nak start race. Filem ni juga mempergunakan wanita2 cantik dan seksi. Lakonan lemah, harap cantik je. Kalau filem bagus, lakonan tu akan menusuk hati atau sampai ke hati kita. Filem ni tak sampai, rasa bosan je.
Cita pasal kereta pulak, semuanya kereta2 supercar yg mewah2 dan mahal2. Bukan jenis yg selalu nampak di jalan2, Ferrari, Lamborghini, Mercedes SLR, Porsche Carrera.
Kesimpulannya, filem ni tidak setanding dgn filem2 berkisar tentang racing seperti Fast & Furious. Kepada sesapa yg berhajat nak tengok di wayang silakan, tapi pendapat aku buang duit je,
Rating out of 10 : 4/10
Cloverfield menjelma jua (Review)…
by Niezzam on Jan.19, 2008, under Entertainment, Movies, MyLife

Hari ini berkesempatan menjengah TGV di Bkt Raja untuk menonton filem Cloverfield. Filem ini telah dihebohkan pemasaran semenjak 6 bulan yg lalu di Internet. Pelbagai website dibangunkan khas untuk filem ini, antaranya 1-18-08news.com
Pelbagai perkara yg digembar-gemburkan, tetapi yang paling menarik perhatian ialah rupa bentuk monster itu sendiri. Adakah ia makhluk laut dalam, makhluk dr angkasa lepas dan sebagainya.
Filem ini bolehla dihasilkan dari idea filem “Blair Witch Project” dan juga “Godzilla” iaitu filem dihasilkan dari camcorder dan mengenai makhluk yg ganas.
Filem ini dari awal hingga akhir dirakam menggunakan camcorder. Jadi kepada sesapa yg tak tahan goyang2, pening2, filem ini bukan utk anda.
Secara ringkasnya Cloverfield bermula dari sekumpulan rakan meraikan Rob yg akan berpindah ke Jepun kerana tugas. Hud, rakan Rob, diminta oleh Jason(abg Rob) utk merakamkan testimonial semua pengunjung parti utk Rob. Antara yg memberi testi ialah Marlena, Lily(gf Jason), Beth dan Jason.
Tiba2 dikejutkan dgn gegaran dan bunyi ngauman yg menakutkan, disusuli letupan dan serpihan kepala Patung Statue of Liberty berterbangan ke jalan raya. Ini telah menimbulkan suasana panik. Mereka akhirnya dikerah untuk meninggalkan bandar NY tetapi Rob dikejutkan dgn panggilan telefon dr Beth yg mengatakan dia telah cedera parah dn terperangkap di apartmentnya.
Apa yg Rob buat selepas itu?? Kalo nak tau, tgk la kat wayang…
Apa yg ditekankan dlm filem ini, bukanlah rupa makhluk itu, tapi lebih kepada perspektif sekumpulan manusia berhadapan dgn situasi mencemaskan itu. Elemen cinta juga diselitkan di mana Rob sanggup menggadai nyawa utk menyelamatkan Beth walaupun ditegah oleh pihak tentera dan kwn2nya.
Elemen pertempuran juga begitu hebat, anda seakan berada betul2 di medan peperangan itu kerana ianya dirakamkan menggunakan camcorder. Makhluk nya pulak, agak hodoh, besar, dan bukan hanya 1, tapi ada lagi makhluk kecik2 berupa labah-labah. Walaupun dh dibom bnyk kali, makhluk tersebut masih macho berdiri…
Apa yg anda perlu perhatikan betul2 ialah di penghujung filem tersebut, di mana Beth dan Rob berada di taman tema. Jika anda perhatikan betul2, terdapat “sesuatu” yg menjunam ke laut. Benda inila yg buat havoc di NY keesokkan harinya. Berkemungkinan besar makhluk ini dari planet lain, bukan dr bumi.
Kesimpulannya, ending yg agak tergantung dan lemah, di mana bukan semua yg akan ‘live happily ever after‘. Di hujung filem, ramai penonton berkata “Aaaahhh….”, “Oooohhhh…”. dan ada yg terpinga2. Mungkin dorang expect lebih lagi atau tak paham, tapi bagi aku, aku dh expect filem ni, ending dia memang mcm tu. Berkemungkinan akan ada sequel utk filem ini di masa akan dtg utk merungkaikan misteri makhluk tersebut.
Rating yg aku bagi, 7/10. Lain org lain pandangan dan citarasa, tak terkejut jika ada yg tak suka langsung filem ni.
Meet The Spartan (2008)
by Niezzam on Jan.12, 2008, under Entertainment, Movies

Synopsis
The heroic Leonidas, armed with nothing but leather underwear and a cape, leads a ragtag group of 13 - count ‘em 13, 13! - Spartans to defend their homeland against the invading Persians (whose ranks include Ghost Rider, Rocky Balboa, the Transformers, and a hunchbacked Paris Hilton)
Directed by: Jason Friedberg, Aaron Seltzer
Cast: Diedrich Bader, Kevin Sorbo, Method Man, Jim Piddock, Sean Maguire, Travis Van Winkle, Ken Davitian, Greg Ellis
Genre : Comedy
Source : http://meetthespartans.com
Trailer
p/s: Mcm best… Kalo tak tgk cita 300, mungkin rasa tak berapa kelakar. Akan ditayangkan pada 25 Januari 2008




















