Pada suatu pagi yg tak berapa pagi
by Niezzam on Apr.06, 2009, under MyLife

Setiap hari isnin seperti biasa, aku ke HQ di USJ, dan tak seperti biasa MRR2 tak sejem yg disangka, 45 minit dah smpai. Last time aku dtg, 1 setengah jam baru sampai, ni 45 minit je? Hmm.. Bagus le tu, hehee..
Anyway, cita kali ni bukan cita pasal MRR2 dan hikayat jem nya, cita kali ni cita pasal emm.. korang bace le smpai abes yek? ehehee…
So, selesai hal di HQ, aku pun bergerak ke keta aku yg diletakkan di tepi jalan berhampiran kwsan perumahan. Bila aku sampai je kat keta, aku perasan ada keta Volvo dah nak tunggu aku kelua, nak amek paking aku, so dia tunggu la tepi tu..
Tgh aku nak reverse je, aku tgk kat cermin belakang, ada 1 keta Viva nak masuk jalan tu. Bila nmpak aku kelua dari paking tu, dia stop dan bagi signal ke kanan, signal nk masuk paking la tu…
Dalam ati aku, “nampak gaya akan ada persengketaan di antara Viva dan Volvo ni. Dua2 nak masuk paking yg sama“.
Aku pun bergerak la perlahan2 ke depan, nak tgk apa yg akan jadi ikut cermin pandang belakang tu.
Aku nampak dua2 keta tu cuba masuk paking tu, tapi Viva tu dgn muka tak malu, lebih dulu masuk. Volvo tu plak, blok Viva tu kat belakang.
Driver Volvo kelua dari kereta p ke keta Viva tu. Selepas itu… ermm, selepas itu keta aku sampai ke 1 selekoh dan tak nampak apa2 dah kat belakang… huhuhhuu..
Aku pun tak tau kesudahannya, hahahaa..
Moral of the story, nak lintas jalan, tgk kiri tgk kanan. Nak masuk paking pun, tgk jugak kiri dan kanan, kalo2 ada keta dah sedia menunggu keta tu keluaa..





















April 7th, 2009 on 2:37 pm
testing…
April 10th, 2009 on 10:03 am
cerite tu biar lah sampai abis.
Penggunaan contrast antara hitam putih ni boleh bute mate.. try guna font kelabu kalau background itam.
April 10th, 2009 on 10:17 am
aiseh, en hasbi pun sampai sini? hehe! Salam bos!
Cerita tu mmg sampai situ je, psl tak sempat nak tgk kesudahan dorang tu. Rasanya keta Viva tu mengalah kot.
Pasal font terima kasih atas feedback. So far takde org bg feedback kata terang sgt putih tu.
I’ll try to adjust la, user requirement kena jaga, tak gitu?
Anyway, selamat datang bos!
April 10th, 2009 on 10:30 am
kalu kelam (kelabu) lagi sakit mate…
malap aje..
xde org komen kate putih trg sgt…
sb mmg ok pn itam putih..
xde la trg mn pn..stdrd j…
April 10th, 2009 on 10:39 am
Mungkin dpt disimpulkan bahawa, perbezaan umur user memainkan peranan dlm penentuan font color/gui sesuatu website atau apa2 aplikasi sekalipun.
Pengajarannnya, sesuatu aplikasi tersebut hendaklah seboleh2nya menepati citarasa kesemua golongan.
Walau bagaimanapun, tidak lah dapat kita sebagai hamba yg lemah utk memuaskan semua pihak.
Renung2kan dan selamat beramal…
April 13th, 2009 on 7:09 am
Saya punbersependapatan dengan En Hasbi. Selalunya perbezaan kontrast perlu dikurangkan sekiranya menggunakan background yg agak gelap. (Traslated by Microsoft Office 2010)