Archive for March, 2009
Tema baru
by Niezzam on Mar.30, 2009, under MyLife
Setelah sekian lama theme blog ni menggunakan tema Damai sampai aku sendri pun dah naik bosan tengok, Niezzam.com memerlukan nafas baru dlm appearancenya.
Jadi tema yg baru telah digunakan yg dipanggil “pixeled“.
Tema ini akan digunakan sampaila aku naik muak lagi… hehe!
Trip to Bandung & Jakarta
by Niezzam on Mar.24, 2009, under MyLife
Pada 16 Mac hingga 20 Mac 2009 aku berpeluang merehatkan pikiran bersama seluruh ahli keluargaku seramai 15 org utk mengikuti percutian ke Bandung & Jakarta selama 5 hari 4 malam. Setelah lama bekerja, inilah kali pertama ambil cuti pjg utk pegi bercuti.
Trip ni diusahakan oleh ayah aku atas cadangan akak aku. Plan semenjak tahun lepas lagi. Travel ajen yg mengendalikan trip ni ialah Destinasi Travel & Tours Sdn Bhd.
Apa? Brapa kena bayar? Oo tak mahal, cuma RM1,300 saja. Kira murah la tu, hehe. Duit yg aku bawak mmg banyak, 1 juta. Bukan Ringgit tapi Rupiah jerr… Dah convert RM adalah dlm RM300++. Rasa2 cukup ke? Emm, kita tgk dulu.
Hari Pertama
Kami dijadualkan berlepas dari KLIA pd pukul 4.45 ptg menaiki flight KLM Airlines.

Ni time baru sampai KLIA
Trip ini disertai oleh 3 lagi keluarga dan juga seorang pemandu pelancong dari agen iaitu Cik Yuni menjadikan kesemuanya 30 org. Selepas 1 setengah jam kami sampai di Airport Jakarta lebih kurang 5.30 waktu Indonesia. Waktu Indonesia lewat 1 jam dari kita tapi mataharinya sama je mcm Malaysia. So pukul 6 ptg dh start gelap dah.

Sesampainya di Jakarta

Tgh tunggu imigresen cop paspot
Selepas selesai urusan imigresen, bas sudah sedia menunggu kedatangan kami. Bas pesiaran di Indonesia dipanggil “Bus Pariwisata“. Rombongan kami dialu-alukan oleh pemandu pelancong dari Indonesia bernama Dandang.

Yg berdiri tu la Dandang, pemandu pelancong dari Indonesia tgh bagi briefing sikit.

Vios yg begitu popular menjadi taksi di Indonesia
Enough about cars, kami pun smpai di Bandung 3 jam lebih perjalanan disebabkan jalan yg jem. Baru aku tau jem kat Jakarta ni teruk die mcm mane, slalu terbaca kat paper or tv je.
Kami bermalam di Hotel Nalendra, 4 star hotel di Bandung. Hotel ni mmg betul2 tgh Kota Bandung.
Hari Ke-2 & Ke-3
Kami dijadualkan akan ke kwsn shopping2 sekitar Bandung. Keluar je dari hotel, kami diserbu oleh peniaga2 jalanan yg menjual keychain, beg, kasut. Paparazi pun ada ambek gmbr pastu soh kita beli gmbr kita tu.
Dorang ni mmg agresif, selagi kita tak beli, selagi tu la dia akan ikut bas kami, soh kami beli. Mane brg2 yg menarik belila, kalo tak tu terus ckp tak nak, buat dunno je.
Sepanjang hari kedua dan ketiga, ada beberapa tempat yg kami singgah utk shopping. Kebanyakannya factory outlets.

Toko Tiga, salah satu shopping area di Bandung

Di salah satu factory outlet di Bandung. Dapat dilihat beberapa peniaga jalanan yg merimaskan kami
Time ni aku beli beberapa tshirt, kasut dan beg.
Hari ke-3, kami bergerak ke Tangkuban Parahu. Bas tak dibenarkan naik sampai atas, jadi kami perlu naik kenderaan yg disediakan utk naik ke atas.

Kwsn menunggu van nak naik ke atas
Cuaca tak la sejuk tapi kekadang angin tu yg sejuk, so pakai la jaket, hehe.


Gunung berapi Tangkuban Perahu yg masih aktif. Nampak itu wap klua?

Kami bersusah payah naik bukit ni, rupanya jalan kat bwh tu pegi tmpt yg sama…



Bersama anak buah. Sape yg tangkap gmbr? Siape lagi kalo bukan peniaga jalanan tu..

Tangkuban Parahu bermaksud dlm bahasa Sunda ialah perahu yg terbalik. Dari jauh gunung ni mcm perahu yg terbalik
Hari ke-4
Pada paginya kami singgah di sebuah toko (kedai) yg menjual makanan2, kek2, kerepek2. Takde ape yg aku beli kat cni. Pastu barula bertolak ke Puncak utk bermalam di Hotel Bukit Indah. Kwsn ni mcm Cameron Highland ada ladang teh, cuma kurang sejuk compare dgn C.Highland.
Ptg tu kami jalan2 di sekitar Puncak dan juga tidak dilupakan aktiviti shopping yg mmg digemari oleh kaum kerabat kami, termasuk aku! heheeee…
Time ni la duit aku dah habis. Nasib la abg aku ada, bleh la beli duit dia lagi Rp300 ribu.

Pemandangan dari restoran hotel
Hari Ke-5
Kami bertolak dari Puncak ke Jakarta, destinasi yg dituju ialah Mangga Dua. Mangga Dua ialah salah sebuah kwsn shopping yg terkenal di Jakarta. Mcm2 brg ada, harga yg murah dan juga kualitas yg baeeek bangat… Aiseh, terspeaking Indon plak, hehe.


Bergamba di depan Rumah Makan Riung Sari selepas perut masing2 kekenyangan

Di Airport Jakarta sebelum boarding balik
Kesimpulannya, trip yg mmg best, dpt shopping brg murah dan dpt tgk negara org. Psl makan sume ok, cuma ada satu teh dia ni yg xleh tahan, payau semcm jek, mengalahkan air akar kayu, teh cina pun lagi sedap, huahuahua. Lagi 1, ada kopi kat hotel tu rasa mcm minum sup, pedas semcm jek.
Terasa nak pegi Jakarta lagi, psl terasa kejap sgt kat sane, heheh



