Archive for August, 2008
Hit the lane!
by Niezzam on Aug.24, 2008, under MyLife

Setelah 4 tahun tak memegang bola boling dan menjejakkan kaki ke landasan utama boling, hari ini aku berkesempatan menjengah Alamanda ARL PowerBowl.
Ikut plan, aku nak main dgn awek aku 2 org, tapi last2 dia tak nak main, jadi aku sorang la balun, hehe! Mula2 nak main 1 game je, tapi 1 game ni kalo ikutkan just cukup nak warm up je, jadi aku tambah lagi 2 game.
Utk game pertama, aku gunakan teknik kegemaran aku, teknik hook. Tapi memang seperti dijangka, memang payah nak main hook pakai house ball ni, dah la plastik, ringan plak tu, asyik deflect je bila masuk pocket. Bola deflect ni sebabnya ada 2 je, samada bola tak cukup berat atau angle ke poket yg tak sesuai.
Jadi kalau teruskan main hook alamatnya teruk la score. Jadi game kedua, aku gunakan teknik helicopter/spinner. Stail helicopter memang amat sesuai digunakan jika menggunakan bola ringan (12 pound dan ke bwh) dan akan eliminate faktor lane yg licin atau kering.
Ternyata perubahan yg tepat, score aku lebih baik dari yg sebelumnya walaupun masih jauh dari average aku yg sebenar. Ditambah dgn spare shooting aku yg mmg dh off psl dh lama sgt tak main. Kalau dulu masa aku kat US, tiap2 minggu aku main dr pukul 12 mlm sampai la 6 pagi. Masa tu bayar USD10 dh boleh main smpai ke subuh. Kira berbaloi la main 1 lane 4 org bayar USD10 je. Dlm pukul 4 pagi tu, bila lane dh kosong psl org dah mula balik, boleh la main 1 lane sorang smpai pukul 6 pagi.
Time tu main boling 6 jam memang takde masalah pasal tangan memang fit. Sekarang ni tak bleh la pasal dah lama tak main. Hehe!
Overall, score aku utk 3 game tu memang not impressive, around 120-160, haha!. Tapi psl dh 4 tahun tak main kira ok la tuu…
It’s good to be back on lane.
Siapla esok pagi, lenguh2 kaki n tangan, haha!
Dah kahwin ker?
by Niezzam on Aug.11, 2008, under MyLife
Seperti biasa, sebelum ke office aku & housemate@ofismate akan singgah ke warung nasi lemak di simpang keluar rumah tu. Pagi ni terlambat sikit (yg ni tak biasa, hehe). Pagi ni aku sorang je beli sarapan. Yg lain dok dlm keta.
Sampai je warung tu makcik tu sapa, “Nak apa dik?“.
“Bihun goreng satu“, jawap aku. Entah mcm mana ari ni macik tu peramah plak.
Macik lagi sorang yg jaga warung tu pun tanya aku, “Kwn2 yg lain mane?“.
“Diorang puasa, ada dlm keta tu ha..“, aku pun menjawap.
“Ooo, bagus betul!. Kamu dh kawin ker?“, tanya makcik tu.
Tanpa syak apa2, aku pun jawap, “Belum lagi macik“.
“Dah ada makwe?“, tanya makcik tu lagi.
Dgn jujur aku jawap, “Dah ada dah“.
“Oooo bila nak kawin?“, tanya makcik tu lagi. Pjg pulak sesi soal jwp pagi nih.
“InsyaAllah, lagi 2 tahun“, jwp aku.
“Oh lama lagi, dah ada ye!“, jwp makcik tu.
“Iye, kenapa makcik?“, tanya aku pulak.
“Ingatkan nk kenalkan awak dgn ada sorang pompuan“, jwp makcik tu sambil tersenyum.
“Oh gitu! Kwn saya dlm keta sorg tu takde makwe lagi“, balas aku.
“Iyer?“, tanya makcik tu berminat.
Aku pun mengangguk sambil tersenyum dan terus membayar bihun aku. Aku pun bergegas ke pejabat. Dah lewat dh nih!
Aku pun tak tau sapa pompuan yg dimaksudkan tu, mungkin anak dia kot! Haha! Gitu la sedikit sketsa pagi Isnin 11 Ogos 2008, ![]()
What say me
by Niezzam on Aug.07, 2008, under MyLife, Work
It has been a month I’m working on this integration project, but still far from completed yet. The project involves Microsoft Biztalk and new technologies from Microsoft called HCE, which stands for Microsoft Health Connection Engine. It’s not a software, but an engine that integrates different health application so that they can talk to each other.
Frankly speaking, this is the toughest and hardest task I’ve been working on. Why is it tough? I’ll tell you why. One thing is that, references are very very limited ( i mean very). There is only one website that discuss HCE technically and the website is not that active. So the only way to know HCE is just through trial and error which definitely takes time and through its documentation which is not that adequate.
To assist me, I have been provided with 1 desktop and 1 laptop like in the picture below taken from my office. Why desktop and laptop? Erm, the answer is a little bit technical so I should save it for myself,
But the bottom line is, there is a reason behind it.

This is all I have to complete this task and do what you want. Hehe!
Pengumuman
by Niezzam on Aug.04, 2008, under MyLife
Perhatian kepada hamba Allah yg bernama Nurul Fadzilah Awang yg email saya hari ini, saya tak dapat reply email anda kerana anda tidak memberi alamat email anda dbetul.
Sila hubungi saya kembali dgn sila berikan alamat email anda yg sah supaya saya boleh hubungi anda semula.
Terima kasih!



