Archive for March, 2008
Program mangsa cari mangsa
by Niezzam on Mar.02, 2008, under MyLife
Cuba lihat gambar dibawah, ianya tertulis Program Sumbangan Ikhlas. Bukak2 je box surat, dah ada surat ni. Memang program ni dah lama wujud dan yg bergerak secara online pun banyak. Ada yg menyamarkan diri sebagai Program Affiliate, Reseller dan sebagainya utk mengelirukan masyarakat.


Kpd yg tak tahu apa menda nya program ini, ianya program derma menderma. Nak masuk kita kena bayar sejumlah wang kpd semua org yg dlm list, lepas tu nama kita pun masuk la dlm list.
Lepas tu pulak, carila mangsa lain, suruh pulak org tu derma kat kita pulak. Boleh la kita panggil “Program Mangsa cari Mangsa”.
Kalau ikut surat ni, siap ada pulak yg uruskan, Milania Enterprise. Entah wujud ke tak syarikat ni. Syarikat ni senang2 nak buat duit atas keghairahan masyarakat utk jadi kaya cepat. Siap kena bayar RM10 utk dia saja, yg lain dlm list hanya RM1. Padahal bukan susah sgt nak buat surat ni.
Yg menariknya, semua 7 nama dlm list terdiri dari org Melayu. Apa nak jadi dgn bangsa aku ni… Kpd sesapa teringin nak masuk, hentikanla niat mu itu kerana program ni pun dh kira mcm program piramid. Dok tunggu goyang kaki tunggu duit datang.
p/s : Tiada jalan singkat utk berjaya
Google launches Google Static Maps API
by Niezzam on Mar.01, 2008, under Google, Programming
Jika anda ingin meletakkan peta di dalam laman web atau blog anda tanpa perlukan scripting yang berat, Google mempunyai penyelesaiannya, Google Static Maps API

Contoh map yg dihasilkan oleh Static API
Dilancarkan pada 21 Februari 2008, ianya dipanggil Google Static Maps API. Jika Google Maps API memerlukan Javascript untuk beroperasi, Static API hanya menggunakan tag <img> dan ditambahkan dengan beberapa parameters. Ianya sesuai digunakan di mobile devices kerana mobile devices tak support 100% penggunaan Javascript.
Ini contoh penggunaan Static API
<img src=“http://maps.google.com/staticmap?center=3.11,101.6125&zoom=16
&size=400×400&maptype=mobile\markers=3.11,101.6125,bluer&key=YourMapsAPIKey>
Map yang dihasilkan ialah dalam bentuk gambar statik. Ciri2 Static API ialah:
- Zoom level
- Jenis map (mobile / roadmap)
- Boleh menghasilkan marker
- Saiz imej yg custom.
Apa yg Static API tak boleh buat (at this moment)
- Draggable map
- Zoom in/out
- GeoXML/KML tak support.
- Custom icon
- Jenis map yg terhad
Kesimpulannya, Static API memudahkan developers dan senang digunakan di mobiles devices. Kerana sebab itu, thesis aku pun implement Static API selain dari Maps API.
Untuk info lanjut sila ke http://googlemapsapi.blogspot.com/2008/02/google-maps-without-scripting.html



