Niezzam.Com

Kujuruteraan Elektrik dan PHP, ada kaitan ke?

by Niezzam on Mar.29, 2008, under MyLife, PHP, Programming

Photobucket

Semalam dan hari ni saya berkesempatan meluangkan masa untuk memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar (free aje, :) ) kepada 4-5 org pelajar jurusan Kujuruteraan Elektrikal, UiTM Shah Alam. Tunjuk ajar apa? Tak lain dan tak bukan tunjuk ajar dlm PHP. :)

Mereka ditugaskan menyiapkan projek tahun akhir mereka dan ianya melibatkan web programming, PHP. Kalau ikutkan logik, memang tiada kaitan antara projek tahun akhir pelajar kejuruteraan elektrik dengan PHP. Cuma dlm projek ini, PHP digunakan untuk menyelesaikan masalah matematik dan kejuruteraan, seperti Matriks .

Photobucket

Dalam PHP, matriks diwakilkan dalam bentuk multidimensional array. Untuk projek mereka ini, penyelesaian terhadap Inverse Matrix, determinant of matrix dan pelbagai lagi operasi diperlukan.

Yang mengkagumkan saya ialah, mereka ini walaupun berlatarbelakangkan jurusan kejuruteraan elektrikal, mereka mampu membuat coding dlm PHP dengan baik, terutama melibatkan matriks yg memang agak rumit. Walaupun, banyak script matrix ada di Internet, tapi mereka telah menghasilkan code mereka sendiri. Tidak dinafikan yg ada beberapa basic programming yg mereka tiada, tapi secara keseluruhannya agak baik.

Kesimpulannya:

1. Janganla lokek ilmu yg kita ada. Dengan mengajar org lain, kita akan menguasai ilmu itu dgn lebih baik dan dlm masa yg sama kita mempelajari perkara baru. Dlm kes ini, saya mempelajari serba sedikit tentang kejuruteraan elektrikal.

2. PHP boleh dipelajari dgn mudah oleh sesiapa jua. Dengan sedikit usaha, mereka mampu menguasai PHP dengan baik.

3. Berusaha utk menguasai lebih dari satu bidang jika mampu. Bolehke student IT buat projek kejuruteraan? I have no answer :)

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • Wists
  • blogmarks
  • RawSugar
  • TailRank
  • StumbleUpon
  • feedmelinks
  • Book.mark.hu
  • BlogMemes
  • MyShare
  • Netscape
:,

One comment to “Kujuruteraan Elektrik dan PHP, ada kaitan ke?”

  1. shahrul

    Betul tu. Ilmu programming mmg unik. Klu sape2 ada bakat programming, ape2 language pun dia boleh blaja dgn senang. Programming dlm elektrik diaplikasikan utk memprogram Integrated Circuit (IC) terutama pd robot.

Leave a Reply

-->