Archive for March, 2008
Kujuruteraan Elektrik dan PHP, ada kaitan ke?
by Niezzam on Mar.29, 2008, under MyLife, PHP, Programming

Semalam dan hari ni saya berkesempatan meluangkan masa untuk memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar (free aje,
) kepada 4-5 org pelajar jurusan Kujuruteraan Elektrikal, UiTM Shah Alam. Tunjuk ajar apa? Tak lain dan tak bukan tunjuk ajar dlm PHP.
Mereka ditugaskan menyiapkan projek tahun akhir mereka dan ianya melibatkan web programming, PHP. Kalau ikutkan logik, memang tiada kaitan antara projek tahun akhir pelajar kejuruteraan elektrik dengan PHP. Cuma dlm projek ini, PHP digunakan untuk menyelesaikan masalah matematik dan kejuruteraan, seperti Matriks .

Dalam PHP, matriks diwakilkan dalam bentuk multidimensional array. Untuk projek mereka ini, penyelesaian terhadap Inverse Matrix, determinant of matrix dan pelbagai lagi operasi diperlukan.
Yang mengkagumkan saya ialah, mereka ini walaupun berlatarbelakangkan jurusan kejuruteraan elektrikal, mereka mampu membuat coding dlm PHP dengan baik, terutama melibatkan matriks yg memang agak rumit. Walaupun, banyak script matrix ada di Internet, tapi mereka telah menghasilkan code mereka sendiri. Tidak dinafikan yg ada beberapa basic programming yg mereka tiada, tapi secara keseluruhannya agak baik.
Kesimpulannya:
1. Janganla lokek ilmu yg kita ada. Dengan mengajar org lain, kita akan menguasai ilmu itu dgn lebih baik dan dlm masa yg sama kita mempelajari perkara baru. Dlm kes ini, saya mempelajari serba sedikit tentang kejuruteraan elektrikal.
2. PHP boleh dipelajari dgn mudah oleh sesiapa jua. Dengan sedikit usaha, mereka mampu menguasai PHP dengan baik.
3. Berusaha utk menguasai lebih dari satu bidang jika mampu. Bolehke student IT buat projek kejuruteraan? I have no answer ![]()
F1 dan Petrol
by Niezzam on Mar.24, 2008, under F1, MyLife, Sports

F1 di Sepang telah berakhir semalam di mana, Kimi Raikonen muncul juara. Aku memang tak berkesempatan nak p Sepang, jadi dok depan tv je la tengok.
Tengah sedap layan, tau2 aku dh terlelap di depan tv, sedar2 dh banyak keta yg buat pitstop. So, bila ada yg buat pitstop dia tulis la kat tv, berapa liter minyak yg dia isi dan untuk berapa lap minyak tu boleh tahan
Tiba2 terlintas dalam hati, “Banyak betul minyak dia pakai, 70 liter utk 20 lebih laps”.
Memang diakui la, kereta F1 ni engine besar, high performance car , jadi memang masuk akal la pun.
Cuma yg aku kesalkan ialah betapa mudahnya manusia habiskan minyak petrol utk 1 perlumbaan, F1. Cuba lihat angka2 (F1 race semlm) dibawah :
Kereta F1 yg berlumba : 20 buah
Average pitstop utk 1 kereta : 2 kali
Minyak utk sekali pistop : 70 liter (average)
Masa perlumbaan : 1 jam 30 minit
Jumlah petrol keseluruhan : 70 x 2 x 20 = 2800 liter!!
Jadi dalam masa 1 jam 30 minit perlumbaan tersebut, mereka telah menggunakan 2800 liter petrol. Itu baru hari perlumbaan, belum kira sesi latihan lagi. Jumlahnya mungkin akan naik ke 5000 liter utk F1 Sepang.
Bagi aku itu satu pembaziran dalam masa harga minyak sekarang yg lebih USD100 setong. Jikalau nak dibandingkan dgn penggunaan petrol aku dlm sebulan hanya lebih kurang 100 liter.
Satu hari nanti petrol akan habis jugak, tak wujud lagi, jadi adakah kita bersedia utk hari itu?? Adakah kerajaan sudah bersedia mengatasi masalah minyak ini? Kalau nak dilihat kemajuan dlm peralihan sumber minyak kpd sumber alternatif yg lain di Malaysia ini masih rendah. Takut nanti tak sempat..
Just my 2 cent…
Video Tutorial Grafik Jualan
by Niezzam on Mar.20, 2008, under Computer & Internet, MyLife
Semalam saya telah membeli Video Tutorial Photoshop Grafik Jualan dari saudari Luvlee kerana ingin mendalami ilmu Photoshop, maklumlah, design2 ni saya tak pandai sangat. So kalau tak pandai, kena la belajar daripada orang yg lebih pandai dan arif, betul tak?
Dgn harga RM65, saya mendapat 15 video tutorial dalam Bahasa Melayu dan pelbagai bonus tambahan yg lain yg tak kurang hebatnya. Kesemua video2 ni saya tak habis tengok lagi, so far memang menarik dan sarat dengan info, trik dan ilmu Photoshop yg berguna.
Kualiti gambar dan suara dlm video ni pun memang cukup bagus, ditambah dgn penerangan2 yg lebih lanjut.
Secara kesimpulannya, memang berpuas hati dgn produk beliau ini. Keep it up Luvlee!
Savvy.UI - Javascript Library
by Niezzam on Mar.15, 2008, under Computer & Internet, Programming
Salam…
Memang agak lama tak buat post kat sini, maklumlah, agak sibuk sikit dengan projek.
Disini saya ingin menulis tentang library Javascript hasil buah tangan orang Malaysia, orang Melayu, Mior Muhammad Zaki dari Kuala Lumpur. Library ini bernama Savvy.UI
File bersaiz kecil ini mungkin boleh menyaingi Javascript Framework yg lain di luar sana. Jadi, kpd web developer Malaysia, marilah sama-sama menyokong Savvy.UI ini. ![]()




