Archive for January, 2008
Chong Wei menang lagi…
by Niezzam on Jan.20, 2008, under Badminton, Sports
Chong Wei menang Terbuka Malaysia lagi buat kali ke-empat setelah menewaskan Lee Hyun Il (Korea) dlm 3 set, 21-15 11-21 21-17 dlm masa 1 jam 2 minit.

Turun selaku pemain pilihan pertama, Chong Wei mempamerkan permainan yg cemerlang terutama di jaring dan sering memerangkap Hyun Il.
Tahniah diucapkan kpd Lee Chong Wei dan teruskan kecemerlangan anda utk menjayakan misi yg lebih penting, pingat emas Sukan Olimpik 2008.
Malaysia Boleh!!
Photo’s source: Lee Chong Wei’s Friendster
Cloverfield menjelma jua (Review)…
by Niezzam on Jan.19, 2008, under Entertainment, Movies, MyLife

Hari ini berkesempatan menjengah TGV di Bkt Raja untuk menonton filem Cloverfield. Filem ini telah dihebohkan pemasaran semenjak 6 bulan yg lalu di Internet. Pelbagai website dibangunkan khas untuk filem ini, antaranya 1-18-08news.com
Pelbagai perkara yg digembar-gemburkan, tetapi yang paling menarik perhatian ialah rupa bentuk monster itu sendiri. Adakah ia makhluk laut dalam, makhluk dr angkasa lepas dan sebagainya.
Filem ini bolehla dihasilkan dari idea filem “Blair Witch Project” dan juga “Godzilla” iaitu filem dihasilkan dari camcorder dan mengenai makhluk yg ganas.
Filem ini dari awal hingga akhir dirakam menggunakan camcorder. Jadi kepada sesapa yg tak tahan goyang2, pening2, filem ini bukan utk anda.
Secara ringkasnya Cloverfield bermula dari sekumpulan rakan meraikan Rob yg akan berpindah ke Jepun kerana tugas. Hud, rakan Rob, diminta oleh Jason(abg Rob) utk merakamkan testimonial semua pengunjung parti utk Rob. Antara yg memberi testi ialah Marlena, Lily(gf Jason), Beth dan Jason.
Tiba2 dikejutkan dgn gegaran dan bunyi ngauman yg menakutkan, disusuli letupan dan serpihan kepala Patung Statue of Liberty berterbangan ke jalan raya. Ini telah menimbulkan suasana panik. Mereka akhirnya dikerah untuk meninggalkan bandar NY tetapi Rob dikejutkan dgn panggilan telefon dr Beth yg mengatakan dia telah cedera parah dn terperangkap di apartmentnya.
Apa yg Rob buat selepas itu?? Kalo nak tau, tgk la kat wayang…
Apa yg ditekankan dlm filem ini, bukanlah rupa makhluk itu, tapi lebih kepada perspektif sekumpulan manusia berhadapan dgn situasi mencemaskan itu. Elemen cinta juga diselitkan di mana Rob sanggup menggadai nyawa utk menyelamatkan Beth walaupun ditegah oleh pihak tentera dan kwn2nya.
Elemen pertempuran juga begitu hebat, anda seakan berada betul2 di medan peperangan itu kerana ianya dirakamkan menggunakan camcorder. Makhluk nya pulak, agak hodoh, besar, dan bukan hanya 1, tapi ada lagi makhluk kecik2 berupa labah-labah. Walaupun dh dibom bnyk kali, makhluk tersebut masih macho berdiri…
Apa yg anda perlu perhatikan betul2 ialah di penghujung filem tersebut, di mana Beth dan Rob berada di taman tema. Jika anda perhatikan betul2, terdapat “sesuatu” yg menjunam ke laut. Benda inila yg buat havoc di NY keesokkan harinya. Berkemungkinan besar makhluk ini dari planet lain, bukan dr bumi.
Kesimpulannya, ending yg agak tergantung dan lemah, di mana bukan semua yg akan ‘live happily ever after‘. Di hujung filem, ramai penonton berkata “Aaaahhh….”, “Oooohhhh…”. dan ada yg terpinga2. Mungkin dorang expect lebih lagi atau tak paham, tapi bagi aku, aku dh expect filem ni, ending dia memang mcm tu. Berkemungkinan akan ada sequel utk filem ini di masa akan dtg utk merungkaikan misteri makhluk tersebut.
Rating yg aku bagi, 7/10. Lain org lain pandangan dan citarasa, tak terkejut jika ada yg tak suka langsung filem ni.
Chong Wei ke final…
by Niezzam on Jan.19, 2008, under Badminton, Sports
Seperti yg dijangka, Chong Wei mara ke final setelah menewaskan Chen Yu 25-23, 21-11. Tahniah diucapkan! Beliau akan menentang Lee Hyun Il esok.

Walaupun wakil lain kalah, tapi dgn kemaraan Chong Wei, dapatla mengurangkan sikit kekecewaan peminat.
All the best to you in the final tomorrow! Malaysia Boleh!
Photo’s source: Lee Chong Wei’s Friendster
Zarina Ann Julie
by Niezzam on Jan.18, 2008, under Current Issues, Entertainment
Bagi sesapa yg tak kenal dia ni, dia ni pelakon cerita Anak Pontianak di TV3 tu. Baru-baru ni keluar paper yg gambar panas beliau tersebar di internet. Ya, tidak syak lagi, memang telah tersebar dan tak syak lagi memang dia lah yg dlm gambar-gambar tu.
Di bawah ni, salah satu gambar beliau. Gambar-gambar yg lain tak akan disiarkan di sini disebabkan terlampau panas! …

p/s: Muka dia ni takla lawa mana, bakat lakonan pun takla bagus sgt. Perangai mcm anak pontianak, memang sesuai sangat la pun, hehe..



